REFUND POLICY
IMACSS.COM ENTERPRISE
SSM No.: SA0405611-W
Di IMACSS.COM ENTERPRISE, kami komited untuk memberikan perkhidmatan pembangunan website yang profesional dan berkualiti. Oleh kerana setiap projek website adalah bersifat custom dan melibatkan kos pembangunan serta pembelian perkhidmatan pihak ketiga, sila ambil maklum bahawa polisi refund kami adalah seperti berikut:
1. Bayaran Deposit
Semua bayaran deposit yang diterima adalah tertakluk kepada polisi refund ini dan dianggap sebagai persetujuan pelanggan terhadap skop kerja yang dipersetujui.
2. Refund Yang Dibenarkan
Pelanggan hanya layak memohon refund sekiranya:
-
Domain dan hosting BELUM dibeli oleh pihak IMACSS.COM ENTERPRISE.
-
Kerja pembangunan website BELUM dimulakan.
-
Permohonan pembatalan projek dibuat sebelum sebarang kerja dimulakan.
Sekiranya syarat di atas dipenuhi, refund akan diproses dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
3. Refund Tidak Dibenarkan
Tiada refund akan diberikan dalam keadaan berikut:
-
Domain telah dibeli.
-
Hosting telah dibeli.
-
Pembangunan website telah dimulakan.
-
Pelanggan berubah fikiran selepas membuat pembayaran.
-
Pelanggan tidak lagi ingin meneruskan projek.
-
Pelanggan gagal atau lambat memberikan maklumat yang diperlukan untuk pembangunan website.
-
Projek tertangguh disebabkan oleh kelewatan maklum balas daripada pelanggan.
-
Pelanggan tidak memberikan kerjasama yang diperlukan sepanjang tempoh pembangunan website.
4. Tempoh Penyiapan Website
Tempoh penyiapan website adalah dalam masa 30 hari bekerja bermula selepas:
-
Deposit diterima sepenuhnya; dan
-
Semua maklumat, gambar, kandungan serta dokumen yang diperlukan dihantar dengan lengkap oleh pelanggan.
Sekiranya pelanggan lambat menghantar maklumat atau membuat perubahan secara berulang kali, tempoh penyiapan website akan dilanjutkan mengikut keperluan projek. Kelewatan yang berpunca daripada pelanggan tidak melayakkan pelanggan untuk membuat tuntutan refund.
5. Kos Perkhidmatan Pihak Ketiga
Sebarang kos yang melibatkan:
-
Domain
-
Hosting
-
Plugin berbayar
-
Integrasi sistem pihak ketiga
-
Lesen perisian
adalah tidak boleh dikembalikan kerana pembayaran telah dibuat kepada penyedia perkhidmatan yang berkaitan.
6. Persetujuan Pelanggan
Dengan membuat pembayaran kepada IMACSS.COM ENTERPRISE, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya dengan polisi refund yang ditetapkan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan polisi ini, sila hubungi kami melalui:
IMACSS.COM ENTERPRISE
SSM No.: SA0405611-W
Precinct 5, Putrajaya
Phone: 011-11457292
Email: helloimacss@gmail.com
